Berita

Majlis Alumni Rakan Muda Malaysia sumbang kerusi mengaji

FALAQ (kanan) menyerahkan kerusi mengaji kepada wakil Masjid Jamek Kampung Baru sambil disaksikan Wan Ahmad Fayhsal (tengah).
- Diterbit 8 Mei 2021 9:06 AM MYT

MAJLIS Alumni Rakan Muda Malaysia baru-baru ini menyumbangkan 20 unit kerusi mengaji bagi kegunaan qariah Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur.

Presidennya, Falaq Faizal lakimon berkata, sumbangan itu diharapkan dapat kembali mengimarahkan masjid seperti sebelumnya.

“Kita masih berada dalam fasa pemulihan wabak COvID-19. Belia di Malaysia khasnya di Kuala Lumpur pasti tidak sabar untuk kembali bersama kariah masjid dalam program-program
Rakan Muda seperti yang dilakukan sebelumnya.

“Diharapkan masjid dapat kembali diimarahkan terutama pada bulan Ramadan ini,” katanya selepas Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Terdahulu, pada p rogram itu, Majlis Belia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur turut menyumbangkan 40 unit Naskah al-Quran yang disampaikan Presidennya, Naseer Mohamed.

Program yang dirasmikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal itu merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan Kerjasama Masjid Jamek Kampung Baru; Majlis Belia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Belia 4B dan Majlis Alumni Rakan Muda Malaysia.

Antara pengisiannya adalah program khatam al-Quran Rakan Muda, gotong-royong menyediakan juadah bubur lambuk, pendaftaran Sukarelawan MYvac (sukarelawan penyelaras vaksin dilapangan), Pendaftaran vaksin, majlis berbuka puasa komuniti dan solat sunat Tarawih.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas