Berita

Mahkamah tolak permohonan perlucutan hak wang disita di Pavilion

KERAJAAN Malaysia melucutkan hak wang tunai lebih RM114 juta yang disita oleh polis hasil serbuan di Pavilion Residences selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, lalu. Kredit Foto oleh - Mstar
- Diterbit 20 Mei 2021 6:30 AM MYT

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini telah menolak permohonan yang difailkan Kerajaan Malaysia bagi melucutkan hak wang tunai lebih RM114 juta yang disita oleh polis hasil serbuan di Pavilion Residences selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, lalu.

Hakim Muhammad Jamil Hussin berkata, pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) telahpun gagal membuktikan RM114 juta tersebut ada kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1MDB.

Beliau berkata, pihak pendakwaan turut gagal membuktikan wang tunai yang dirampas adalah dana yang diperoleh hasil dari kesalahan pecah amanah (CBT).

“Kerajaan mahu melucut hak wang tunai bernilai RM114,164,393.44 dan barang kemas serta barangan berjenama mewah yang dirampas dari premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd, tiga tahun lalu. Mereka mendakwa wang dan barangan itu ada kaitan dengan 1MDB,” katanya Najib Razak dalam salah satu entri yang dimuat naik hari ini.

Butiran berkenaan kes dibicarakan itu telah pun dinyatakan di dalam entri Facebook milik Najib Razak hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas