Berita

JAWI anjur Wilayah Persekutuan Bermunajat

- Diterbit 20 Mei 2021 4:25 AM MYT

LONJAKAN kes positif COVID-19 dalam negara sehingga mencatatkan angka tertinggi dalam negara mendorong Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menganjurkan program Wilayah Persekutuan Bermunajat bagi

Pengarahnya, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, program Wilayah Persekutuan Bermunajat akan dianjurkan setiap hari bermula hari ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.

“Ia di lakukan selepas solat Maghrib dan solat Jumaat di masjid, surau Jumaat dan surau serta kediaman masing-masing di seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Kaedah pelaksanaan program tersebut adalah dengan memastikan imam yang bertugas di masjid, surau Jumaat dan surau membacakan teks zikir dan doa yang telah disediakan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan menggunakan pembesar suara yang jelas didengar oleh ahli kariah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Ajib turut menyeru seluruh muslimin dan muslimat untuk bersama-sama bermunajat dan berdoa dengan penuh khusyuk dan tawaduk agar penularan wabak Covid-19 dapat segera dibendung.

“Semoga Malaysia tercinta sentiasa dikurniakan perlindungan dan kesejahteraan daripada Allah SWT,” katanya.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas