Berita

Lesen percuma untuk yang ingin mulakan perniagaan di Labuan

Tan Sri TPr Annuar Musa mengadakan sesi dialog dengan pemimpin Dewan-Dewan Perniagaan Wilayah Persekutuan Labuan di Pejabat Perbadanan Labuan malam tadi. Tan Sri TPr Annuar Musa mengadakan sesi dialog dengan Dewan-Dewan Perniagaan Wilayah Persekutuan Labuan di Pejabat Perbadanan Labuan malam tadi.
- Diterbit 9 Jun 2020 3:04 AM MYT

LABUAN – Memahami situasi ekonomi yang sukar, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr Annuar Musa mengumumkan pemberian lesen perniagaan percuma selama setahun bermula bulan ini.

Dalam ciapannya di Twitter, Annuar berkata lesen itu akan diberikan kepada penduduk tempatan samada suri rumah, anak muda atau sesiapa yang ingin mulakan perniagaan.

“Di Labuan,saya mahu penduduk tempatan segera menikmati pemulihan pasca Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat (PKPB).

“Keadaan Kos Sara hidup yang sememang tinggi, saya minta Perbadanan Labuan (PL) memberi Lesen Penjaja percuma (Jun 2020 hingga Jun 2021),” katanya.

Annuar malam tadi mengadakan sesi dialog dengan Dewan-Dewan Perniagaan Wilayah Persekutuan Labuan di Pejabat Perbadanan Labuan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas