Utama

Lebih 2,000 kaki pancing sertai pertandingan memancing Putrajaya 2020

KAKI pancing memenuhi pesisir tasik Putrajaya Presint 2,3 dan 4 pada Pertandingan Memancing Putrajaya 2020 sejak semalam.
- Diterbit 15 Februari 2020 12:50 AM MYT

PUTRAJAYA – Lebih 2,000 peserta memenuhi persisiran tasik Presint 2, 3, dan 4, Putrajaya bagi pertandingan memancing Putrajaya 2020 di sini sempena karnival Hari Wilayah Persekutuan 2020 anjuran Perbadanan Putrajaya (PPj).

Menurut Presidennya, Datuk Dr. Aminuddin Hassim, penyertaan kali ini sangat menggalakkan dan diluar jangkaan.

“Alhamdulillah setakat ini kita telah pun menerima penyertaan seramai 2,010 peserta berbanding tahun lalu seramai 1,500 peserta,” ujar beliau.

Kata beliau lagi, peserta dijangka akan bertambah lagi kerana penyertaan dibuka sehingga pukul 12 tengah hari.

Pertandingan yang bermula seawal pukul 7.30 pagi hingga 12 tengah hari ini menyediakan hadiah berjumlah lebih RM20,000 kepada para pemenang sehingga tempat ke-100 berupa wang tunai serta hamper.

Selain itu, PPj turut menyediakan 40 hadiah cabutan bertuah berupa barangan keperluan memancing dan empat hadiah bonanza berupa satu unit TV LED 60 inci dan tiga unit TV LED 40 inci buat peserta-peserta yang bertuah.

Terdahulu, PPj melepaskan 12,000 benih ikan iaitu Jelawat dan Lampam Kerai serta tiga spesis ikan induk iaitu Temoleh, Jelawat dan Kelah dengan anggaran berat 1.5 hingga 2 kilogram. – WILAYAHKU

SALAH seorang berjaya menaikkan ikan pada pukul 7.45 pagi tadi.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas