Berita

Khalid Samad lawat tapak runtuhan projek kondominium

KHALID (dua dari kanan) melawat kawasan runtuhan di tapak pembinaan projek kondominium di Taman Desa, Kuala Lumpur pagi ini.
- Diterbit 15 Februari 2020 4:28 AM MYT

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad membuat lawatan mengejut ke tapak runtuhan pembinaan kondominium di Taman Desa, Kuala Lumpur pagi ini.

Turut serta dalam lawatan tersebut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.

Berikutan insiden itu, pembinaan projek kondominium tersebut dihentikan serta-merta sehingga siasatan bagi mengenal pasti punca runtuhan selesai dijalankan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH). – WILAYAHKU

WAKIL Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) memberi penerangan kepada Khalid berkenaan struktur runtuhan bangunan.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas