Berita

Lawatan sambil belajar Taska Permata Puspanita KPKT

JAMILAH (tengah) bergambar bersama murid-murid Taska Permata Puspanita KPKT pada lawatan sambil belajar ke Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya baru-baru ini.
- Diterbit 1 November 2019 7:21 AM MYT

TIMBA ILMU. Taska Permata Puspanita Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) kementerian itu melakukan sambil belajar ke Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya baru-baru ini.

Lawatan tersebut disertai seramai 28 murid dan guru pengiring serta kakitangan Puspanita.

Turut hadir isteri Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datin Jamilah Hossin yang juga Yang Dipertua Persatuan Isteri dan Pegawai Wanita (PERISMA) Malaysia Kebangsaan.

Pada lawatan itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya, Timbalan Penguasa Bomba, Che Shari Abdullah meluangkan masa menyampaikan taklimat mengenai operasi balai bomba tersebut.

Pada lawatan itu, murid-murid taska berkenaan dan guru-guru pengiring diberi peluang mencuba peralatan yang digunakan oleh pasukan bomba semasa aktiviti pemadaman kebakaran dan menyelamat.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas