Berita

IPD Brickfield anjur Kejohanan ‘Penalty Shoot’

ZAIRULNIZAM (dua dari kiri) menyampaikan piala kepada wakil pasukan Balai Polis Travers 'C' pada Kejohanan Penalty Shoot baru-baru ini.
- Diterbit 1 November 2019 7:18 AM MYT

LAWAN. Bertempat di Score Arena, Bukit Gembira, Kuchai Lama, Kuala Lumpur baru-baru ini berlangsung Kejohanan ‘Penalty Shoot’ Piala Ketua Polis Daerah Brickfields.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Brickfields, Pemangku Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi; Pengerusi PERKEP IPD Brickfields, Norasmawati A. Majid serta pegawai kanan dan anggota balai tersebut.

Kejohanan itu dianjurkan bagi menggalakkan semua warga polis IPD Brickfields untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan bersukan.

Dalam masa sama, kejohanan itu dapat mengeratkan silatrurahim serta mewujudkan semangat bekerjasama dalam pasukan.

Penganjuran kali pertama itu dilakukan di bawah kelolaan Balai Polis Sri Hartamas. Kejohanan itu menyaksikan Balai Polis Travers ‘C’ muncul juara.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas