Berita

Lapan maut, kapal layar terbalik di Laos

- Diterbit 5 April 2021 3:24 AM MYT

LAPAN orang maut selepas sebuah kapal layar terbalik di Tasik Nam Ngum di utara Laos pada Ahad, lapor Sputnik memetik laporan Agensi Berita Lao.

Kapal layar itu terbalik disebabkan angin kencang ketika berada 40 meter dari pantai.

Terdapat 39 penumpang di dalam kapal, 31 daripadanya berjaya diselamatkan.

Mayat semua mangsa telah ditemui. – BERNAMA

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas