KERINDUAN dan keterujaan orang ramai untuk menyertai Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini tidak boleh disangkal apabila seawal pukul 4.30 pagi orang ramai mula membanjiri Kuala Lumpur bagi memeriahkan hari kemerdekaan negara ke-65 itu
Difahamkan, lebih 50,000 orang telah membanjiri ibu kota bagi melihat lebh dekat perarakan kontinjen-kontinjen yang mengambil bahagian
Namun, disebalik kegembiraan dan keterujaan sambutan tersebut, sikap segelintir pengunjung yang tidak bertanggungjawab dan melakukan kerosakan terhadap kemudahan dan infrastruktur untuk senibina landskap yang menggunakan Konsep Penanaman Bandar Selamat tidak dipelihara dengan sebaik-baiknya.
Menerusi beberapa foto yang diterima, banyak pokok-pokok yang ditanam oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai pengindahan landskap di beberapa lokasi sekitar kawasan Dataran Merdeka rosak dipijak pengunjung sehingga menyebabkan kerugian kepada DBKL.
Antara kawsan landskap yang dikenal pasti adalah dihadapan Menara 1 DBKL dan berhampiran Stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Bandaraya yang berhadapan dengan Pasaraya Sogo di Jalan Raja Laut.
Walaupun terpaksa bersesak dengan kehadiran orang ramai, tindakan segelintir pihak ini tidak wajar dilakukan dan mereka seharusnya perlu lebih berhati-hati dalam menghayati falsafah kemerdekaan negara dengan tidak merosakkannya.-WILAYAHKU