Berita

“Lagu Patriotik Pupuk Rasa Cinta” – USOP

- Diterbit 28 Ogos 2020 10:30 PM MYT

LAGU patriotik adalah salah satu elemen penting untuk menaikkan semangat merdeka setiap kali menjelang Hari Kebangsaan pada 31 Ogos. 

Walaupun lagu patriotik hanya berdurasi tidak sampai lima minit, namun mesejnya cukup berkesan kepada pendengar setiap kali lagu tersebut berkumandang. 

Bintang program Big Stage 2020, Usop,23, berpendapat lagu patriotik mengingatkannya kepada zaman sebelun negara mencapai kemerdekaan.

“Saya akui generasi muda  sekarang tidaklah tahu terlalu mendalam pasal sejarah kemerdekaan. Ada juga yang kurang minat dalam subjek sejarah.

“Jadi melalui lagu mereka boleh selami apa itu erti kemerdekaan dan secara tidak langsung memupuk rasa cinta kepada negara.

“Apatah lagi apabila lagu-lagu patriotik ini dipersembahkan melalui video muzik yang dimuat naik dalam laman youtube. Selain media sosial, youtube antara medium yang anak-anak muda guna untuk mendapatkan apa-apa info penting,” jelas Usop yang popular dengan lagu Selamanya. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas