Berita

KWP tingkatkan fasa program vaksinasi di Labuan 3,000 dos sehari

TAN Sri TPr Annuar Musa menyampaikan sumbangan kepada empat keluarga mangsa kemalangan LRT baru-baru ini di Menara DBKL sebentar tadi.
- Diterbit 15 Jun 2021 10:28 AM MYT

KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan akan melipatgandakan usaha bagi melaksanakan fasa program vaksinasi di Labuan kepada tahap 3,000 dos sehari bagi mencapai imunisasi komuniti pada Julai.

Menterinya, Tan Sri TPr Annuar Musa berkata, daripada tahap waktu ini hanya 1000 dos suntikan sehari akan ditingkatkan kepada 3,000 dos suntikan vaksin sehari.

Katanya,pihaknya telah memutuskan dengan persetujuan Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITP) untuk menghantar sejumlah 35,100 dos vaksin ke Labuan pada minggu ini.

Tambahnya , jumlah itu akan ditambah lagi sekiranya kapasiti pemberian vaksin dapat diwujudkan.

” KWP akan mengusahakan agar keseluruhan Labuan mencapai tahap imuniti berkelompok seawal Julai dan Labuan akan menjadi wilayah yang pertama dalam negara yang mencapai imuniti berkelompok.

” Ini adalah komitmen dan sasaran kerajaan yang telah mendapat restu daripada pucuk pimpinan dan jawatankuasa vaksinasi yang terbabit.

Beliau berkata demikian pada sidang media menerusi siaran langsung Facebooknya, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai masalah bekalan makanan yang dihadapi di wilayah itu, Annuar berkata pihaknya akan menghantar sebanyak 120 tan bekalan makanan tertentu ke Labuan secepatnya.

Sehubungan itu, Annuar berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menghantar bekalan makanan ke Labuan pada Khamis ini.

” Bekalan makanan tersebut terdiri daripada 70 tan beras, 15 tan minyak masak, 15 tan tepung, 15 tan gula,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas