Berita

KWP pantau pelaksanaan projek terowong TRXC

NOR MUHAMAD (dua dari kiri) meninjau projek pembinaan laluan terowong keluar masuk pembangunan TRXC, Kuala Lumpur Selasa lalu.
- Diterbit 25 November 2022 4:56 AM MYT

KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan (KWP) menjadi peneraju utama memantau perkembangan semasa setiap projek yang sedang diselenggarakan di sekitar Wilayah Persekutuan.

Tindakan tersebut diambil untuk memastikan setiap projek berjalan lancar mengikut tempoh pelaksanaan yang telah ditetapkan selain meleraikan sebarang permasalahan yang dihadapi sepanjang projek tersebut dijalankan.

SESI pemantauan penting bagi memastikan projek TRXC berjalan lancar.

Baru-baru ini, Setiausaha Bahagian Pengurusan Pembangunan KWP, Datuk Nor Muhamad Che Dan @ Che Din turun padang meninjau tapak projek pembinaan sebahagian terowong keluar masuk yang menghubungkan pembangunan Tun Razak Exchange (TRXC) dengan Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Sesi tinjauan yang diadakan pada 22 November itu turut melibatkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), wakil TRXC dan Tetuan GTS . – WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas