Berita

Kumpulan Syarikat Suria KLCC rai barisan hadapan dan pengunjung sempena Syawal.

Dekorasi rumah kampung mengembalikan suasana perayaan di Alamanda, Mesra Mall dan Suria KLCC. Dekorasi rumah kampung mengembalikan suasana perayaan di Alamanda, Mesra Mall dan Suria KLCC.
- Diterbit 28 April 2021 4:46 AM MYT

TIGA pusat beli-belah di bawah Kumpulan Syarikat Suria KLCC tidak melupakan barisan hadapan dalam meraikan kemeriahan Hari Raya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brian dalam suasana sambutan Hari Raya, pihak Suria KLCC tidak akan melupakan barisan hadapan yang berjuang menangani pandemik COVID-19.

“Kumpulan Syarikat Suria KLCC sangat berbesar hati dapat menyambut kegembiraan dan keceriaan Syawal yang bakal menjelma melalui pusat beli-belah kami.

“Dalam keadaan negara yang menuju pemulihan dari pandemik ini, kami akan sentiasa memainkan peranan sebagai tempat yang selamat untuk membeli-belah dengan kami dan akan berganding bahu dengan barisan hadapan yang tak pernah lelah sambil menyajikan tawaran menarik buat pelanggan kami,” katanya menerusi kenyataan media.

Ujarnya Suria KLCC akan menyediakan juadah berbuka puasa, kuih raya dan barangan-barangan keperluan peribadi berjumlah RM20,000 kepada anggota barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh dan akan bekerjasama dengan peniaga makanan di dalam pusat beli-belah mereka untuk menghantar terus pek makanan ke tempat kerja para petugas sebagai sebahagian keceriaan sambutan Aidilfitri.

Andrew berkata kempen sambutan Hari Raya Suria KLCC telah bermula pada 16 April sehingga 23 Mei bertemakan Riang Ria Raya di Suria KLCC, ganjaran akan diberikan kepada pelanggan yang berbelanja RM1,500 ke atas dalam maksimum dua resit di mana-mana kedai terpilih, berpeluang menebus sampul raya dan set hadiah ekslusif dari Bokitta sepanjang tempoh kempen tersebut.

Menurut Andrew, Alamanda akan menyumbangkan barangan berupa kudapan dan bubur lambuk bernilai RM15,000 kepada petugas barisan hadapan perubatan di Hospital Putrajaya serta kakitangan di Ibu pejabat Polis Putrajaya.

Tambahnya kempen penebusan sedang berlangsung sehingga 16 Mei dan pelanggan yang berbelanja RM500 atau lebih dalam maksimum dua resit di mana-mana kedai terpilih akan menerima skarf eksklusif Noor Arfa Batik dari Terengganu beserta satu set paket Raya Alamanda sementara stok masih ada.

Beliau berkata sebagai sumbangan kepada masyarakat setempat, Mesra Mall akan mengedarkan bubur lambuk kepada barisan hadapan dan menjadi hos majlis berbuka puasa.

“Sempena sambutan Nuzul Quran, Mesra Mall akan mengedarkan bubur lambuk kepada petugas barisan hadapan di Darul Iman Training Centre dan Hospital Kemaman.

“Pusat beli-belah ini juga akan menjadi hos majlis berbuka puasa kepada anak-anak yatim di daerah Kemaman pada 2 Mei 2021 dan pada majlis itu, anak-anak yatim dari sekolah yang dikenalpasti akan menerima baju raya yang ditaja oleh Mesra Mall, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain penaja,” katanya. –  WILAYAHKUDIANA AMIR

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas