Kluster baharu Covid-19 di Depot Tahanan Imigresen Semenyih

Kluster baharu Covid-19 di Depot Tahanan Imigresen Semenyih

PUTRAJAYA – Depot Tahanan Imigresen di Semenyih dikenal pasti sebagai kluster terbaharu Covid-19 selepas 21 kes positif virus itu dikesan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, saringan Covid-19 di premis tahanan imigresen itu kini giat dijalankan.

“Kita sudah mengambil 1,752 sampel membabitkan 1,631 orang yang ditahan sementara 161 lagi adalah kakitangan.

“Kes yang positif adalah 21 kes, sementara yang lain kita masih menunggu keputusan.

“Apa yang kita lihat sekarang ini tempat yang berisko tinggi bukan hanya di depot tahanan Imigresen, malah penjara juga salah satu tempat yang berisiko tinggi kalau ada perhimpunan di ruang yang sempit,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini.

Kata beliau, beberapa kluster lain turut menunjukkan pertambahan kes Covid-19 setakat hari ini.

“Kluster Pedas ada pertambahan satu kes menjadikan 163 kes, kluster tapak pembinaan Setia Alam juga ada pertambahan satu kes menjadikan 13 kes,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, 31 kluster lain tidak menunjukkan sebarang pertambahan kes setakat ini. – WILAYAHKU

CATEGORIES