Berita

Covid-19: 48 kes baharu, 53 pulih

Gambar hiasan
- Diterbit 23 Mei 2020 10:00 AM MYT

PUTRAJAYA- Sebanyak 48 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan empat daripadanya kes import yang mendapat jangkitan luar negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 7,185 kes.

Daripada 44 kes penularan tempatan, 25 kes adalah bukan warga Malaysia termasuk 21 kes dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Semenyih.

Beliau berkata, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 sebanyak 1,158 kes dan pesakit sudah diasingkan serta diberi rawatan.

“Sehingga kini, sembilan kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), lima daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, hari ini 53 kes pulih dan dibenarkan keluar hospital.

“Ia menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada jangkitan Covid-19 terus meningkat kepada 5,912 kes dengan kadar kesembuhan 82.1 peratus,” katanya.

Beliau berkata berkata, tiada kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah 115 kes iaitu 1.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas