Berita

Kerjasama Munchy’s, Kechara Soup Kitchen fokus keluarga kurang bernasib baik

RODNEY (dua dari kanan) menyerahkan sumbangan kepada keluarga yang memerlukan.
- Diterbit 1 April 2020 6:47 AM MYT

KUALA LUMPUR – Munchy’s dan Kechara Soup Kitchen terus menjalinkan kerjasama dalam menangani kekurangan bekalan makanan keluarga kurang bernasib baik di ibu negara menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang melibatkan 28 sukarelawan.

Pasukan sukarelawan tersebut melawat seramai 29 keluarga dan mengedarkan pelbagai jenis makanan harian seperti beras, minyak masak, makanan kering dan susu tepung serta biskut sumbangan Munchy’s.

Ketua Pegawai Eksekutif Munchy’s, Rodney Wong berkata, penerima sumbangan makanan adalah keluarga berpendapatan rendah termasuk ibu tunggal, kehilangan punca pendapatan dan warga emas
yang tinggal berseorangan.

“Saya gembira melihat pasukan Munchy’s menyertai aktiviti khidmat komuniti ini. Ia merupakan sebahagian daripada keseluruhan kerjasama Munchy’s dengan Kechara Soup Kitchen.

“Kami percaya usaha membantu mereka yang kurang bernasib baik sememangnya
penting, tambahan pula kami adalah syarikat pengeluar makanan.

“Selain itu, biskut kami sesuai untuk pengedaran kerana dapat mengekalkan kesegaran lebih lama dalam pembungkusan individu dan boleh dinikmati bila-bila masa,” katanya.

Mengulas tentang CSR yang dilakukan, Rodney memberitahu, Munchy’s telah bekerjasama dengan Kechara Soup Kitchen sejak 2015. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas