Berita

Keracunan Makanan, YATT HAMZAH Keguguran Anak Kelima

YATT Hamzah bersama suaminya, Zulfadhli.
- Diterbit 16 September 2020 2:01 AM MYT

PELAKON  dan pengacara Yatt Hamzah berkongsi berita sedih apabila dirinya keguguran anak kelima akibat keracunan makanan yang dialaminya pada petang semalam (selasa).

Menerusi instagram, Yatt menceritakan keadaan dirinya yang cirit-birit dan muntah-muntah selepas makan di sebuah restoran ikan bakar di Melaka sehari sebelum kejadian. 

Yatt turut memuat naik ubat cirit-birit yang diambilnya apabila keracunan makanan.

“Wahai anak bonda yang kelima. Tiada rezeki bonda untuk mendakap dan besarkan kamu di dunia seperti kakak-kakak yang lain.

“Semoga ada rezeki berjumpa dan mendakapmu di akhirat nanti. Allah lebih menyayangimu. Allah lebih Mengetahui.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Mohon hadiahkan Al Fatihah buat Muhammad Abdullah. Bondanya telah keguguran dia jam 3.30 petang tadi (semalam), tulisnya di instagram semalam.

Yatt juga sebak kerana tidak menyangka keracunan makanan itu menjadi punca dia kehilangan anak kelima itu buat selamanya.

“Kenapa ada ubat cirit-birit? Sebab sejak semalam Bonda keracunan makanan hingga cirit-birit dan muntah selepas makan di restoran ikan bakar pada malam sebelumnya.

“Mulanya ingat sakit perut kerana keracunan sahaja, Rupanya ada baby nak pergi tinggalkan Bondanya.

“Pengalaman pertama. Sebak dan tak terkata. Panik sekejap masa awal tadi. Semoga Allah bagi kuat. Semoga bonda segera sembuh. Doakan ya,” luahnya lagi.

Instagram will load in the frontend.

Antara Artis yang turut meninggalkan komen dan memberikan kata-kata semangat ialah Almy Nadia, Khai, Rosma, Lufya dan ramai lagi.

Yatt Hamzah atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, 40, berkahwin dengan juruvideo, Mohammad Zulfadhli Khairuddin, 30, pada Februari  2016.

Mereka dikurniakan tiga cahaya cahaya mata iaitu Suci Humaira Iqlima, 3, Suci Hayfaa Medina, setahun dan Suci Hawa Zulaikha berusia lapan bulan.

Menerusi perkahwinan pertamanya dengan Abdul Mutalib Shukor, Yatt dikurniakan seorang anak perempuan, Suci Hanania Malika, 9. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas