Selebriti

‘Kami tak gaduh’ – Kelly Azman

- Diterbit 5 April 2024 4:30 PM MYT

TIMBUL dakwaan baru-baru ini hubungan baik pengacara sensasi, Kelly Azman dan penyanyi dangdut, Ifa Raziah dikatakan ‘retak’.

Jika sebelum ini, Kelly sering terlibat sebagai pengacara untuk karnival raya popular StarVendors anjuran Ifa, namun kini tidak lagi.

Kelly atau nama sebenarnya, Raja Azman Raja Ayob, berkata selain menyanyi dia mencari rezeki sebagai pengacara secara ‘freelance’ dan tidak ada terikat dengan mana-mana pihak.

“Cerita begini, saya ada dapat tawaran sebagai pengacara untuk beberapa festival raya. Jadi rasanya tak salah kalau saya nak cari satu kelainan untuk tahun ini.

“Saya masih boleh bekerjasama dengan pihak sana (Ifa), kita tak ada apa-apa masalah. Sebab bagi saya, kita datang dengan cara baik jadi biarlah kita pergi pun dengan cara baik. Kami tak ada gaduh.

“Kalau soal bayaran, ‘rate card’ kita sama sahaja walau di acara mana-mana pun. Jadi isu itu tidak timbul pun. Insya-Allah kalau ada rezeki boleh bekerjasama lagi,” katanya.

Kelly turut dikenali sebagai antara rakan yang rapat dengan penyanyi berkenaan.

“Bila orang panggil bagi kerja, saya pergilah kalau tidak terikat dengan mana-mana komitmen lain. Saya rasa Ifa pun lebih faham memandangkan dia seorang selebriti. Untuk saya, kalau sudah ada peluang rezeki tak kan lah kita nak tolak.

“Apa pun, memang tiada isu. Cuma saya nak angin baru sahaja. Hubungan saya dengan Ifa masih baik lagi,” katanya lagi.

Kelly ditemui pada Majlis Iftar Raya Bersama Artis Rusa & MVM di Shah Alam, pada Isnin. – WILAYAHKU

 

 

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas