Berita

‘Kalau suami hilang, cari di rumah kawan’… Bella Astillah kongsi tip

- Diterbit 6 April 2024 4:30 PM MYT

TULAR video penyanyi Bella Astillah yang berkongsi dengan orang ramai tentang tip bagaimana mahu mencari suami yang tidak balik rumah atau menghilangkan diri.

“Saya mestilah risau kalau suami hilang, tapi saya ada tip kalau suami hilang cari di rumah kawan

“Kalau suami hilang, kita cari di rumah kawan,” katanya.

Bella Astillah berkata demikian ketika hadir di karnival beli-belah di Kota Kinabalu, Sabah, semalam.

Perkongsian Bella itu mengundang jeritan dan sorakan pengunjung yang terkejut dengan sindiran diberikannya itu.

Malah, Bella juga dilihat turut ketawa dengan aksi spontannya itu.

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen menganggap Bella seorang wanita bijak dan kelihatan seperti sudah move on dengan kisah kecurangan suaminya.

“Bila orang baik dipijak-pijak. You go girl,” komen seorang pengguna media sosial.

“Sebab tu Aliff tak boleh tinggal Bella. Sebab bella bijak,” komen seorang netizen.

“Mengalir pula air mata aku. Dia dah accept dan letting go guys,” komen seorang warganet.

“Dia terlebih dahulu terlalu sakit hati. Keberanian muncul. Go go Bella,” tulis seorang netizen yang kagum dengan semangat Bella.

Sindiran Bella itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kes suaminya, Aliff Aziz dan rakan baiknya, Ruhainies yang didakwa berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di ibu negara pada 9 Mac lalu. – WILAYAHKU

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas