Selebriti

Jihan Muse, Ungku Hariz timang cahaya mata kedua

- Diterbit 8 September 2022 1:28 AM MYT

PENGACARA popular, Jihan Muse dan suaminya, pelakon Ungku Hariz Selamat menimang cahaya mata kedua pada selasa lalu.

Turut gembira dengan berita itu, Isteri kepada pelawak popular Fad Bocey, Nur Syahirah A Rahman mengucapkan tahniah buat Jihan.

Ucapan tahniah tersebut dikongsikannya menerusi Insta Stories, pada Selasa.

“Tahniah kak @jihanmuse finally Arsalan dah ada adik. Semoga semua dalam keadaan baik. Selamat berpantang,” tulisnya yang berlatar belakang foto mereka berdua.

Sementara itu, Jihan menerusi platform sama turut ‘repost’ status Insta Stories daripada pihak Avisena yang turut menitipkan dedikasi.

Terdahulu, Jihan memuat naik beberapa keping foto sekeluarga di Instagram miliknya beberapa hari lalu, sekali gus berkongsi perkembangan kehamilan keduanya kepada peminat yang sedang menunggu hari untuk bersalin.

“Menunggu hari. Doakan saya kuat untuk melahirkan anak kedua ini dengan selamat dan sihat walafiat,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Pemilik nama lengkap Nur Jihan Musa, 39, mendapat tahu sedang berbadan dua selepas melakukan ujian calitan COVID-19 sebagai prosedur wajib untuk menjadi pengacara Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) yang sepatutnya berlangsung pada Januari lalu.

Untuk rekod Jihan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ungku Hariz pada 20 Mac 2016 dan mereka sudah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ungku Arsalan Haq, 4 tahun. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas