Biz

10 tahun dalam pasaran, Charms bakal tembusi pasaran Indonesia

Nur Bashirah Hussin (kiri) menganggap usahanya berbaloi apabila jenama Charms bakal menembusi pasaran Indonesia |Charms telah melantik selebriti Datin Seri Heliza Helmi sebagai wajah baharu bagi salah satu rangkaian produk terbaharunya iaitu Charms Hydra Fresh Tinted Moisturiser.|
- Diterbit 6 September 2022 2:58 AM MYT

SETELAH 10 tahun berada dalam pasaran dengan jayanya, jenama produk kecantikan kulit tempatan, Charms Cosmetics Skincare (Charms) bakal menembusi pasaran Indonesia dalam masa terdekat.

Ini adalah usaha jenama itu mengembangkan operasi perniagaannya di luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Charms, Nur Bashirah Hussin berkata, negara jiran itu menjadi pilihan memandangkan permintaan untuk produk penjagaan kulit yang halal apatah lagi Charms sudah mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

KETUA Pegawai Eksekutif Charms, Nur Bashirah Hussin (kiri) menganggap usahanya berbaloi apabila jenama Charms bakal menembusi pasaran Indonesia

Beliau berkata, setiap produk kecantikan kulit yang dikeluarkan pihaknya juga perlu melalui ujian klinikal dengan Pusat Penyelidikan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) untuk dianalisis struktur anti penuaan dan komposisi kimia.

“Selain sijil halal, amat penting untuk pengguna memastikan jenama produk telah diuji oleh pakar yang selamat dan bersih untuk setiap jenis kulit.

“Justeru, Charms juga bakal menembusi pasaran Indonesia memandangkan permintaan tinggi untuk produk penjagaan kulit yang halal dari negara seberang itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran dan penyampaian anugerah kepada agen berjaya Charms semalam yang turut dihadiri penasihatnya, Datuk Faridah Hanim.

Pada majlis sama, Charms telah melantik selebriti popular, Datin Seri Heliza Helmi sebagai wajah baharu bagi salah satu rangkaian produk terbaharunya iaitu Charms Hydra Fresh Tinted Moisturiser.

Ketika ini, Charms sudah memasuki tahun ke sepuluh di pasaran negara ini dan memiliik 12,000 ejen di seluruh negara.

Charms telah melantik selebriti Datin Seri Heliza Helmi sebagai wajah baharu bagi salah satu rangkaian produk terbaharunya iaitu Charms Hydra Fresh Tinted Moisturiser.

Nur Bashirah menambah, Charms tidak memikirkan keuntungan dan jualan semata-mata namun menekankan kualiti produk agar menjadi pilihan pengguna berdasarkan keberkesanan dan keselamatan sebagai ciri utamanya.

“Tahun ini, Charms tidak mengeluarkan banyak dan hanya tiga produk sahaja dengan memberi fokus kepada pengguna yang berkulit kering dan melambatkan proses penuaan.

“Dari segi persaingan, untuk produk bertahan lebih daripada lima tahun sangat sukar tetapi Charms sudah 10 tahun berada dalam pasaran iaitu sejak 2012.

“Jadi untuk terus bertahan, Charms sentiasa melakukan kajian dan penyelidikan untuk penambah baik produk yang dikeluarkan dan mengukuhkan kesesuaian mengikut kehendak pasaran,” katanya.

Mengenai pemilihan Heliza, Nur Bashirah berkata, wanita berusia 36 athun itu menjadi pilihan syarikatnya kerana diamerupakan pengguna produk Charms yang setia dan mementingkan penjagaan kulit sejak 201

“Heliza sudah lama bersama kami dan di sebalik tugasa harian sebagai seorang selebriti yang sibuk, dia masih menjaga kulit wajah yang cantik dan kekal muda hingga mampu menjadi inspirasi kepada peminatnya,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas