Selebriti

Didakwa cabul remaja lelaki, pendakwah selebriti disiasat polis

- Diterbit 9 September 2022 11:22 PM MYT

PENDAKWAH selebriti, ditahan reman pihak polis selama enam hari bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap beberapa remaja lelaki.

Berusia 40-an, pendakwah yang juga aktif berlakon itu ditahan semalam dan dibawa ke Mahkamah Klang semalam untuk permohonan tahanan reman.

Menurut portal BOOM!, sumber mendakwa, perbuatan suspek terbongkar selepas beberapa mangsa yang dipercayai dicabul lelaki berkenaan datang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Selangor.

“Berdasarkan laporan mangsa-mangsa, semuanya adalah kenalan suspek dan si pelaku memujuk mereka untuk melakukan perbuatan tidak bermoral tersebut.

“Disebabkan trauma, mereka laporkan kejadian yang berlaku kepada polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed mengesahkan penahanan suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas