Berita

Jenazah Tokoh Wartawan Ahmad Rejal Arbee selamat dikebumikan

KREDIT foto: BERNAMA.
- Diterbit 29 Mac 2024 12:30 PM MYT

JENAZAH Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, di sini pada 11 pagi ini.

Hampir 200 ahli keluarga dan sahabat seperjuangan dalam kewartawanan hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Tujuh anak Allahyarham termasuk Rejaie Arbee, 42, Radhiq Arbee, 37, dan Awaina Arbee, 32, membantu menyempurnakan pengebumian Allahyarham.

Terdahulu, jenazah dibawa ke Masjid Seksyen 7 di sini untuk disolatkan dengan disertai kira-kira 200 jemaah terdiri daripada ahli keluarga dan rakan media.

Sementara itu, Rejaie Arbee berkata ayahnya meninggal dunia pada 2.10 pagi di Hospital Shah Alam kerana sakit tua.

Beliau berkata Allahyarham telah dimasukkan ke hospital itu Jumaat lepas kerana terdapat jangkitan kuman di paru-paru. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas