Berita

Jenazah Salahuddin selesai disolatkan, dibawa ke LTSAH untuk diterbangkan ke Johor

- Diterbit 24 Julai 2023 12:00 AM MYT

JENAZAH Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub selesai disolatkan di Masjid Al-Badar, Jalan Langgar, di sini pada 12.22 tengah malam ini.

Sebelum itu, van jenazah yang membawa Allahyarham Salahuddin dari Jabatan Forensik, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar tiba di pekarangan masjid pukul 12.15 tengah malam.

Solat jenazah diimamkan oleh imam masjid Abu Bakar Shaikh Abdullah dan disertai kira-kira 100 jemaah.

Selesai solat, van yang membawa jenazah Allahyarham seterusnya bergerak ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) dan jenazah akan diterbangkan ke Johor kira-kira pukul 1 pagi ini. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas