Berita

Jalani Ramadan secara sederhana

ORANG ramai beratur untuk membeli barang keperluan sempena kedatangan Ramadan hari ini.
- Diterbit 23 April 2020 5:34 PM MYT

LABUAN – Kedatangan bulan Ramadan tahun ini memberi pengalaman baharu kepada penduduk di pulau ini susulan berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malah, suasana kali ini juga dilihat berlainan berbanding tahun sebelumnya berikutan penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia.

ROSIDAH

Tinjauan Wilayahku mendapati jumlah penduduk yang keluar semalam agak ramai untuk membeli keperluan makanan bagi menjalankan ibadah puasa.

Seorang penduduk, Juliah Sukor, 27, berkata, Ramadan tahun ini memberikan satu perasaan yang hiba dalam dirinya ekoran ujian yang diturunkan oleh Allah.

“Puasa tahun ini agak sedih kerana tidak seperti tahun lepas. Bayangkan, Bazar ramadan dan solat tarawih tidak diadakan kerana semua orang diminta berada di rumah masing-masing berikutan PKP,” kata ibu kepada seorang anak.

Sementara itu, Rosidah Ibrahim, 53, menyifatkan tahun ini tidak semeriah berbanding sebelum ini disebabkan wabak Covid-19.

JULIAH

“Hari ini, saya membeli barang keperluan untuk menyediakan makanan untuk bersahur pagi nanti.

“Tahun ini juga saya dan keluarga menyambut bulan Ramadan dengan kesederhanaan. Saya bersyukur kerana walaupun PKP, saya dan anak- anak tidak berjauhan dan boleh menjalani bulan puasa bersama mereka,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas