Berita

Import kereta Vietnam meningkat pada Ogos

- Diterbit 22 September 2020 4:20 AM MYT

VIETNAM mengimport 8,800 kereta pelbagai jenis bernilai US$202 juta pada Ogos, kenaikan 85.6 peratus berbanding bulan sebelumnya, lapor agensi berita Vietnam (VNA).

Thailand mempunyai jumlah tertinggi lebih 4,700 unit, diikuti Indonesia (2,500) dan China (570). Jumlah daripada tiga negara negara ini menyumbang hampir 90 peratus jumlah import Vietnam, menurut laporan Jabatan Kastam.

Daripada jumlah import itu, kereta dengan sembilan tempat duduk atau kurang mewakili sebanyak 6,136 unit bernilai US$127 juta, merangkumi 69.4 peratus jumlah keseluruhan, menokok 91.6 peratus bulan ke bulan.

Import trak meningkat 2,200 unit bernilai US$55.7 juta sementara itu, kenderaan untuk tujuan khas sebanyak 483 bernilai US$19.6 juta.

Walaupun import pada Ogos meningkat dengan ketara, jumlah kenderaan untuk tempoh Januari-Ogos masih menurun sebanyak 44.3 peratus tahun ke tahun kepada 53,800 unit, disebabkan kesan pandemik COVID-19. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas