Berita

AYU DAMIT, YANTZEN & EVA Antara Bintang Gegar Vaganza 7

|BINTANG-bintang Gegar Vaganza 7||KUMPULAN Eva
- Diterbit 22 September 2020 11:29 AM MYT

WOW! Program realiti popular Gegar Vaganza (GV) kembali lagi untuk musim ketujuh! 

Antara 14 bintang GV7 yang bakal mempertaruhkan kehebatan mereka kali ini ialah Ayu Damit, Yantzen dan kumpulan Eva.

Selain itu bintang lain yang bakal berentap di pentas yang sama ialah  Mus May, Noraniza Idris, Linda Nanuwil, Rozita Izlyn, Haslienda, Asyira, Cliff Umar (vokalis Projek Pistol), Oja, kumpulan Indigo, Aju (vokalis kumpulan Success) dan Nomad.

BINTANG-bintang Gegar Vaganza 7

Penganjuran musim ketujuh yang mengangkat tagline ‘Mara Suara Membara’ GV7 yang bakal dilaksanakan mengikut SOP dan rutin kelaziman baharu ini juga turut mencatatkan rekod bilangan penyertaan terbanyak sepanjang sejarah penganjuran edisi sebelum ini.

GV7 juga masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100% oleh barisan juri profesional. Peserta yang mendapat markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan.

KUMPULAN Eva

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Untuk lima episod pertama, ‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang bermula 5 Oktober 2020. Manakala siaran ulangan pula adalah pada jam 11.30 malam.

Konsert mingguan ‘GV7’ yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse ini pula akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 11 Oktober 2020.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’ bermula 11 Oktober 2020. -WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas