Berita

Hidangan ringkas perayaan Thaipusam

|||
- Diterbit 15 Januari 2022 3:00 AM MYT

MENJELANG perayaan Thaipusam yang bakal diadakan pada 18 Januari ini, pastinya juadah masakan menjadi tumpuan utama bukan sahaja tetamu yang hadir malah mereka yang berada di rumah juga.

Datin Seri Shamsiah Md Yassin bersama Chef Hasna berkongsi dua resipi turun-temurun masyarakat India yang boleh anda cuba bersama keluarga tersayang sambil meraikan keindahan perayaan tersebut. Selamat menyambut hari Thaipusam dan selamat mencuba!

Masala Vadai

BAHAN-BAHAN
Kacang dal
Bawang merah
Jintan manis
Cili kering dipotong kecil
Daun kari

CARA PENYEDIAAN
1. Rendam kacang dal selama tiga jam.
2. Kisar halus sebahagian besar kacang dal tersebut.
3. Toskan air dan gaul sebati kesemua bahan. Perasakan dengan garam, sedikit gula serta serbuk perasa. Biarkan selama satu jam.
4. Selepas satu jam, goreng masala vadai sehingga garing.
5. Setelah menggoreng, hidangkan masala vadai bersama teh o panas.

Ayam Goreng 65

BAHAN A
500 gm ayam isi
2 sudu tepung jagung
1 sudu tepung gandum
2 sudu kicap cair
2 sudu bawang putih
2 sudu pes halia
2 sudu serbuk cili merah
1 sudu jus lemon
1/2 sudu cuka putih
1 biji telur saiz A

BAHAN B
1/2 sudu garam
2 sudu yogurt asli
2 sudu serbuk cili merah atau
serbuk tikka masala

BAHAN C
Daun kari
Cili hijau dipotong serong

CARA PENYEDIAAN
1. Potong ayam secara mengecil. Campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk dan kacau rata.
2. Panaskan minyak dan goreng ayam.
3. Tumiskan bahan C di dalam kuali yang sama atau berlainan sehingga layu.
4. Kemudian, masakkan pula bahan B sehingga mendidih.
5. Apabila yogurt mula mendidih, masukkan kepingan ayam dan masak sehingga kering.
6. Toskan ayam daripada minyak. Hiaskan bersama daun kari dan cili hijau. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas