Berita

‘Kasi Gamat Satu Negara’, Sari Gold mahu lahirkan 100 usahawan baharu

HASNIZA menandatangani plak pelancaran kempen ‘Kasi Gamat Satu Negara’. HASNIZA menandatangani plak
- Diterbit 15 Januari 2022 6:00 AM MYT

TEMPOH Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19, tidak menghalang jenama Sari Gold utuh di pasaran walaupun baharu diperkenalkan.

Malah sepanjang jangka waktu getir itu, jualan produk kesihatan dan penjagaan kulit berasaskan gamat miliknya telah meningkat 100 peratus.

Pengasasnya, Hasniza Hassan berkata, pihak Sari Gold merekodkan peningkatan semasa PKP malah permintaan juga tinggi kerana orang ramai prihatin dengan isu kesihatan yang melanda Malaysia dan dunia ketika itu.

“Peningkatan jualan disebabkan pengoperasian yang mengikut perkembangan teknologi. Kita (Sari Gold) menggunakan platform media sosial.

“Ejen kita yang dipanggil sebagai rania telah diberi latihan untuk buat perniagaan secara atas talian (online) dengan menggunakan platform media sosial.

“Pengeposan pula dilakukan ibu pejabat, jadi tidak sukar untuk beroperasi dan mengekalkan perniagaan,” katanya dalam sidang akhbar pada Majlis Makan Malam Dynamic Challenge Sari Gold 2022 pada Sabtu.

Melihatkan pencapaian yang memberangsangkan itu, ujar beliau, Sari Gold menyasarkan untuk melahirkan 100 jutawan gamat dalam tempoh tiga tahun mendatang.

Berkata mengenainya, Hasniza yang juga Pengarah Eksekutif Kumpulan Ana Global Ventures memberitahu, sejak ditubuhkan pada 2020, Sari Gold sudah mempunyai 5,000 rania berdaftar dan pihaknya menyasarkan tambahan 10,000 pada tahun ini.

“Diharapkan 1,000 usahawan baru dengan pendapatan minima RM5,000 dapat dilahirkan pada 2022 ini kerana pendaftaran sebagai rania adalah serendah RM30.

“Ia juga sejajar dengan kempen ‘Kasi Gamat Satu Negara’ yang dilancarkan untuk tahun ini. Dengan adanya kempen ini, kita dapat membantu lebih ramai lagi masyarakat khususnya mereka yang terkesan COVID-19 memulakan bisnes,” katanya sambil menambah rangkaian Sari Gold adalah patuh syariah, berkualiti selain turut menyediakan latihan dan bimbingan kepada rania baharu.

Terdahulu, majlis makan malam yang diadakan adalah penghargaan kepada rakan niaga atau rania Sari Gold yang berjaya melengkapkan cabaran sepanjang tempoh Julai hingga September 2020 dan sebagai meraikan tiga pemimpin rania yang memenangi Anugerah Direct Selling Association of Malaysia (DSAM) untuk Recognition Award baru-baru ini.

Seramai 12 rania berjaya dalam cabaran itu dan mereka dihadiakan pakej penginapan dua hari satu malam beserta makan malam di hotel lima bintang. -WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas