Berita

MENU WAJIB PERAYAAN THAIPUSAM

|
- Diterbit 15 Januari 2022 2:30 AM MYT

SETIAP perayaan di Malaysia mempunyai keunikan yang tersendiri kerana negara kita mempunyai pelbagai resam dan kepercayaan dalam sesebuah perayaan. Thaipusam adalah antara perayaan kaum India yang diraikan setiap tahun.

Tak meriahlah sesebuah perayaan kalau tidak dihidangkan dengan aneka hidangan yang enak-enak bukan?

Setiap hidangan tersebut juga memiliki identiti kaum itu sendiri. Begitu juga dengan perayaan Thaipusam memang banyak juadah yang ‘wajib’ dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga mahupun jiran tetangga.

Oleh itu, edisi kali ini akhbar Wilayahku kongsikan kepada anda dua resipi wajib untuk anda cuba semasa menyambut perayaan Thaipusam. Selamat mencuba!

BANANA LEAF

BAHAN KARI AYAM

½ kg ayam dipotong kecil

1 biji tomato kecil

1 biji bawang merah dihiris halus

1 sudu besar pes halia bawang putih

1 serbuk kari

1 sudu besar serbuk cili

1 batang kayu manis

1 bunga lawang

1 buah buah pelaga

Tangkai daun kari

BAHAN ALOO/KENTANG

½ kg kentang direbus, dikupas dan dipotong dadu

1 biji bawang merah dihiris halus

1 sudu kecil pes bawang putih halia

1 sudu kecil jintan manis

1 sudu kecil serbuk cili

BAHAN KUBIS GORENG

200 gram kubis dihiris halus

1 biji bawang besar dihiris halus

2 sudu kecil biji sawi

2 biji cili kering

1 sudu kecil serbuk kunyit

CARA PENYEDIAAN

  1. Untuk membuat kari ayam, tuangkan sedikit minyak, tumis batang kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang dalam periuk dengan api sederhana.
  2. Kemudian masukkan bawang besar, pes halia-bawang putih dan tomato. Kacau hingga sebati.
  3. Seterusnya, masukkan kari dan serbuk cili.
  4. Setelah adunan naik bau, masukkan ayam dan air hingga menutupi semua ayam. Reneh selama 20 minit dan masukkan daun kari serta ½ sudu besar garam.
  5. Untuk membuat aloo/kentang, gunakan kuali yang tidak melekat, tambahkan sedikit minyak. Tumiskan jintan manis, halia pes bawang putih dan hirisan bawang besar dengan api perlahan.
  6. Masukkan kentang yang telah dimasak dan serbuk cili. Kacau hingga sebati.
  7. Tambah 2 sudu besar air untuk membantu mencairkan serbuk. Masukkan garam mengikut keperluan dan hidangkan.
  8. Akhir sekali untuk memasak kubis, tumis bawang besar dan biji sawi hingga naik bau dengan api sederhana tinggi dan masukkan cili kering serta kubis.
  9. Masak selama 10 minit dan masukkan serbuk kunyit ke dalam periuk sebelum dihidangkan.
  10. Sedia untuk dihidang. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas