Berita

HANYA 10 MINIT JALAN KAKI DARI KAMPUNG BARU KE KLCC DENGAN SALOMA LINK

JAMBATAN Saloma Link dibina merentasi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).
- Diterbit 11 Februari 2020 8:06 AM MYT

SALOMA Link yang merupakan sebuah projek jambatan pejalan kaki sepanjang 370 meter, mula dibuka kepada orang ramai pada 5 Februari.

Jambatan ini menghubungkan Lorong Raja Muda Musa 3 berhampiran stesen LRT Kampung Baru dengan Jalan Saloma dan Menara Berkembar Petronas (KLCC).

Pembinaan jambatan yang menelan kos RM31 juta itu mendapat sambutan hangat warga kota berikutan sebahagian 69 meter Saloma Link dibina merentasi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).

Saloma Link pastinya menjadi satu ikon penting buat para pelancong untuk mengabadikan kenangan di Bandar Raya Kuala Lumpur.

 

 

SALOMA LINK menghubungkan Kampung Baru dengan KLCC.
BENTUK seni bina Saloma Link yang unit dan kreatif menjadikannya salah satu lokasi ‘instagramable’.
ANTARA aksi orang ramai merakam gambar di Salom link.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas