Berita

Gelaran Datuk Farid Kamil, Boy Iman ditarik balik

- Diterbit 10 Februari 2021 9:31 AM MYT

ANUGERAH Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon Farid Kamil Zahari  dan Noruliman  A Rahman atau Boy Iman ditarik balik dan dibatalkan serta merta.

Surat penarikan balik Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang dikurniakan kepada Farid Kamil dan Boy Iman sebelum ini berkuatkuasa pada 1 Februari 2021. 

Menurut kenyataan rasmi kepada media daripada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Pahang Pendaftar Darjah, kedua-dua pelakon ini tidak dibenarkan memakai sebarang gelaran yang dikurniakan dan perlu mengembalikan Darjah Kebesaran yang dikurniakan sebelum ini kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang selaras dengan Undang-Undang Darjah – Darjah Kebesaran dan Bintang – Bintang Negeri Pahang. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas