Berita

Gelandangan warga asing di pusat transit negatif Covid-19

ANNUAR bertanyakan sesuatu kepada seorang lelaki warga asing yang ditempatkan di pusat transit di Dewan Serbaguna Taman Ampang Hilir malam tadi.
- Diterbit 14 April 2020 4:12 PM MYT

PRIHATIN. Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr. Annuar Musa malam tadi meluangkan masa meninjau keadaan gelandangan warga asing yang ditempatkan di pusat transit di Dewan Serbaguna Taman Ampang Hilir.

Beliau turut berkesempatan berbual dengan mereka bagi mendengar permasalahan yang dihadapi golongan itu.

Terdahulu Annuar berkata, beliau bersyukur kerana pemeriksaan kesihatan yang dijalankan ke atas  gelandangan warga asing itu didapati negatif jangkitan Covid-19. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas