Berita

13 akademi penjara diwarta pusat tahanan pesalah PKP

memulakan lawatan rasmi empat hari ke Turkiye bermula Selasa (Esok).
- Diterbit 15 April 2020 7:00 AM MYT

PUTRAJAYA – Sebanyak 13 akademi penjara di seluruh negara akan diwartakan sebagai pusat tahanan baharu bagi pesalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan berkaitan dengannya.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, pewartaan yang dilakukan Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu bagi mengelakkan kesesakan dan kebimbangan tentang soal penjarakan sosial susulan hukuman penjara terhadap pesalah PKP oleh mahkamah.

“Pewartaan ini adalah hasil Mesyuarat Khas Jawatankuasa Menteri-Menteri Berkaitan Perlaksanaan PKP semalam.

“Bagaimanapun, peraturan dan undang-undang di pusat tahanan baharu itu adalah sama dengan penjara biasa,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini.

Beliau menjelaskan, perincian lanjut berkaitannya akan dibincangkan antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Peguam Negara dan Jabatan Penjara.

Dalam perkembangan sama, Ismail Sabri menjelaskan, seramai 612 individu ditahan dengan 590 direman serta jaminan polis (15) selain 337 individu telah didakwa di mahkamah semalam.

“Jumlah keseluruhan tangkapan sehingga semalam adalah seramai 9,702.

“Pihak polis tidak lagi bertoleransi dan kompromi terhadap mereka yang degil melanggar arahan pihak sepanjang PKP ketiga ini,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas