Berita

Cabaran Laut Antarabangsa Labuan 2020 terpaksa dibatalkan

ACARA memancing merupakan antara tarikan dalam LISC. Gambar hiasan
- Diterbit 14 April 2020 3:44 PM MYT

LABUAN – Kemeriahan yang dirasai setiap kali acara Cabaran Laut Antarabangsa Labuan (LISC) nampaknya tidak dapat dikecapi pada tahun ini.

Acara berskala antarabangsa itu terpaksa dibatalkan ekoran penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda negara pada ketika ini,

Perbadanan Labuan (PL) dalam satu kenyataan menyatakan, pembatalan  LISC 2020 yang dijadual berlangsung pada 26-28 Jun depan di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan selaras dengan arahan kerajaan yang tidak membenarkan sebarang program perhimpunan diadakan.

“Pembatalan acara tersebut adalah selaras dengan arahan kerajaan agar semua acara perhimpunan dibatalkan, dalam usaha mengekang penularan Covid-19, yang telah diisytiharkan pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Perbadanan Labuan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peserta, penganjur bersama, jawatankuasa penganjur, penaja dan peminat yang telah bersama LISC sejak dari awal penganjurannya,” kata kenyataan itu, – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas