Berita

Gegar Vaganza 7: “Semua Orang Nak Menang” – LINDA EVA

|LINDA Eva|EVA pernah popular dengan lagu Bulan Cinta
- Diterbit 11 Oktober 2020 7:22 AM MYT

KUMPULAN dangdut Eva tidak kisah dengan pandangan sesetengah peminat yang memandang rendah terhadap kemampuan mereka sebagai perserta program realiti nyanyian Gegar Vaganza (GV) musim ketujuh. 

Eva yang pernah popular menerusi lagu Bulan Cinta pada pertengahan 1990-an ini mahu lakukan yang terbaik semi peminat. 

“Target tu, memang semua orang nak menang. Bila dah bersetuju untuk sertai GV ni, kami kena bersungguh-sungguh dan buat yang terbaik. 

“Kalah atau menang itu soal rezeki. Kita hanya merancang dan terus berusaha selagi boleh,” katanya kepada Wilayahku.

LINDA Eva

Selain Linda, Eva turut dianggotai oleh Izzu, Rina dan Mimi.  

Dalam pada itu, Linda juga memberitahu semua anggota Eva menjanjikan yang terbaik walaupun masing-masing sudah berkeluarga.

“Tidak dinafikan kerana program GV semua anggota asal Eva bergabung semula. Iyalah.. sebelum ini kami bawa haluan sendiri kerana masing-masing ada komitmen terhadap keluarga.

“Itu semua bukan halangan untuk kami melakukan yang terbaik. 

“Ramai juga peminat teruja apabila kami muncul semula dengan anggota yang sama. 

“Apa pun orang cakap tentang kami, sokongan peminatlah membuatkan kami terus bersemangat,”katanya lagi.

EVA pernah popular dengan lagu Bulan Cinta

Selain Eva, penyanyi lain yang turut menyertai GV7 ialah Mus MAY, Yantzen, Cliff Umar, Aju, Oja, Nomad, Noraniza Idris, Rozita Izlyn, Ayu Damit, Linda Nanuwil, Ashira, Haslinda serta dua kumpulan Indigo.

GV7 akan bersiaran selama lapan minggu bermula 11 Oktober (malam ini) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap Ahad jam 9 malam. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas