Berita

Ganjaran sehingga RM500,000 menanti pengunjung bertuah Suria KLCC

PENGUNJUNG bertuah berpeluang memenangi ‘Golden Ticket’ yang berada dalam salah satu kotak misteri.
- Diterbit 9 September 2022 8:00 AM MYT

KEMPENThe Golden Ticket’ kini kembali di Suria KLCC dengan ganjaran sehingga RM500,000 untuk dimenangi sehingga 18 September 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC, Andrew Brian berkata Kempen ‘The Golden Ticket’ kembali buat kali ketiga lanjutan dari sambutan hebat pada tahun 2020 dan 2021.

“Kami amat berbesar hati kembali dengan Kempen ‘The Golden Ticket’ pada tahun ini. Ia menerima sambutan yang sangat hebat pada tahun-tahun yang lepas. Untuk itu, kami berusaha memastikan hampir kesemua pelanggan yang berbelanja akan membawa pulang ganjaran,” katanya beliau.

Tambah beliau, dua baucar beli-belah bernilai RM5,000 akan diberikan setiap hari sepanjang tempoh kempen tersebut.

“Pelanggan yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih berpeluang untuk menyertainya.

Sebanyak 100 kotak misteri akan ‘dihidangkan’ di Centre Court di mana salah satu kotak tersebut terdapat sekeping ‘Golden Ticket’.

“Para pemenang ‘Golden Ticket’ akan diraikan dengan pengalaman mengambil gambar di laman ‘The Wall of Winners’ di mana gambar dan video pemenang bertuah akan dilayarkan di skrin digital berputar yang berlokasi di Centre Court.

“Sementara itu, bagi mereka yang tidak berjaya akan tetap menerima ganjaran ‘Purple Ticket’ bernilai RM50,” ujar beliau.

Tambah beliau lagi, dua pemenang bertuah akan dipilih secara rawak melalui dua sesi cabutan yang mana cabutan pertama akan diadakan pada pukul 10 pagi hingga 2 petang manakala sesi cabutan kedua akan berlangsung pada pukul 5 petang hingga 9 malam. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas