Artikel

Erti Sebuah Sesamarataan

- Diterbit 9 Oktober 2023 3:51 AM MYT

ERTI SEBUAH SESAMARATAAN

Di gerbang kedamaian
kulit tiada warna
warna tiada kasta

Ditanggal sepatu berjenama
baring bersama selipar
songkok dan kopiah bermesra

Ketika takbir
bahu-bahu berkucupan
pertama kali berkenalan

Semasa rukuk dan sujud
pangkat segera luruh
bersama dosa-dosa keruh

Selepas memberi salam
jari-jari berpelukan
haruman redha bertebaran
rahmat dari Tuhan

AIRUL AFFENDI ALI

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas