Berita

Dulang Kafe penuhi impian Karl Shafek

baru-baru ini. |||DULANG Kafe mendapat sokongan daripada banyak pihak termasuk rakan-rakan selebriti.||ASMIDAR turut menghiburkan para tetamu yang hadir.
- Diterbit 29 November 2021 3:17 PM MYT

IMPIAN pengacara popular Karl Shafek menjadi kenyataan apabila restorannya, Dulang Kafe kini mula beroperasi.

Melihat ibunya berniaga menjual nasi lemak di tepi jalan sejak kecil membuatkan Karl mahu mempunyai kafe sendiri.

SEKITAR Majlis Pelancaran Dulang Kafe milik Karl Shafek di Kompleks Kelana Jaya Central Point, baru-baru ini.

Apa yang istimewa, Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim,41, menjual makanan kegemarannya iaitu Nasi Ambeng.

“Sebenarnya saya sudah lama simpan impian untuk membuka sebuah kafe. Dari sebelum masuk program MasterChef lagi memang dah simpan hasrat itu.

“Saya ambil masa lebih dua bulan untuk membuka kafe saya yang diberi nama Dulang Kafe. Di sini saya menjual makanan kegemaran saya iaitu Nasi Ambeng yang saya percaya turut disukai oleh ramai rakyat Malaysia.

“Selain itu, keluarga saya iaitu ibu juga memang pernah buka gerai tepi jalan menjual nasi lemak dan ketering kecil-kecilan.

“Jadi, saya pernah terfikir satu hari nanti saya pun nak ada satu kafe sendiri di mana saya menjual makanan kegemaran saya,” katanya kepada Wilayahku.

DULANG Kafe milik Karl Shafek mendapat sokongan daripada banyak pihak termasuk rakan-rakan selebriti.

Karl yang juga peserta rancangan MasterChef Selebriti Malaysia itu ditemui ketika pelancaran Dulang Kafe miliknya di Kompleks Kelana Jaya Central Point, baru-baru ini.

Pada majlis pelancaran itu, antara rakan selebriti yang hadir ialah penyanyi Asmidar, Maria Tengku Sabri dan ramai lagi.

ASMIDAR turut menghiburkan para tetamu yang hadir dengan menyampaikan lagu Ketawalah Lagi dan Sampai Ke Bintang.

Dalam pada itu, pengacara berusia 41 tahun ini mengakui dia berdepan dengan cabaran untuk membuka kafe tersebut.

“Saya ambil masa lebih dua bulan untuk membuka kafe ini. Ikutkan perancangan nak buka pada awal November selepas saya selesai acara fashion show.

 

“Namun saya berdepan dengan masalah ubah usai kafe ini yang mengambil masa yang agak lambat untuk siap. Ingatkan nak buka pada 19 November lalu tapi tak boleh juga.

“Sehinggalah Jumaat lalu saya ambil keputusan teruskan saja pelancaran pembukaan kafe ini. Tak nak tangguh dah,” ujarnya lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas