Berita

Dominic Ng juara Nine Ball Invitational 2023

DOMINIC NG (dua kanan) menerima hadiah wang tunai RM5,000 selepas menjuarai Nine Ball Invitational 2023 baru-baru ini.
- Diterbit 24 Jun 2023 7:00 AM MYT

WAKIL dari Singapura, Dominic Ng Chi Hoe muncul juara dalam pertandingan Labuan Nine Ball Invitational 2023 yang diadakan baru-baru ini.

Kemenangan ­tersebut ­diperolehi selepas dia ­menewaskan pemain Malaysia, Muhammad Almie Muhamad Yakub pada perlawanan akhir.

Dominic menewaskan Muhammad Almie dengan kiraan mata 11-9 sekali gus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 beserta trofi.

Walaupun tewas di ­perlawanan akhir, Muhammad Almie yang ­juga pemenang ­pingat perak pada temasya Sukan SEA di Kemboja berjaya ­membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 dan trofi.

Pada peringkat separuh akhir, Dominic Ng mengalahkan David Tan Thiam Hua dari Malaysia manakala Muhammad Almie ­pula mengalahkan pemain dari Brunei, Ahmad Taufiq.

Terdahulu, seramai 64 ­pemain menyertai Labuan Nine Ball Invitational 2023 yang ­menghimpunkan pemain dari dalam negara dan luar negara ­antaranya Brunei dan Singapura.

Kejohanan tersebut ­anjuran bersama David Pool Labuan, Aquesta Travel & Tours dan Utama Venture Sdn Bhd. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas