Selebriti

“Doakan Mak Salmah segera sembuh” – Siti Nurhaliza

|||
- Diterbit 6 November 2022 5:51 AM MYT

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan ibunya, Siti Salmah Bachik, 70, disahkan dijangkiti COVID-19.

“Balik bilik, tengok telefon, dapat berita mak kena COVID-19. Dapat cakap dengan mak, baru lega. Mak cuma sakit-sakit badan sikit, batuk tak teruk. Alhamdulillah,” kongsi Siti di Instagram Story sejurua selepas menjayakan persembahan hari pertama Music Of The Soul: An Evening With Dato Sri Siti Nurhaliza di Plenary Hall, KLCC, pada Sabtu malam.

Dalam hantarannya itu, Siti turut memohon doa orang ramai supaya ibunya segera sembuh.

“Ya Allah, jagakan wali keramat saya. Doakan Mak Salmah segera sembuh. Mak kuat!” tulisnya.

Dalam hantaran terbaharunya, Siti yang akan beraksi di malam kedua Konsert Music of the Soul Datuk Seri Siti Nurhaliza malam ini, berkongsi keadaan terkini ibunya selepas menghubungi Salmah.

“Hubungi mak pagi tadi, dengar suara mak ceria, barulah rasa senang hati nak kerja malam ini.

“Terima kasih semua yang mendoakan Mak Salmah ya. Syukur, Alhamdulillah,” tulisnya. – WILAYAHKu

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas