Selebriti

Nafas jadi pendek akibat COVID-19, Siti Nurhaliza aktif Muay Thai tingkat stamina

|||
- Diterbit 6 November 2022 10:51 AM MYT

AKIBAT virus COVID-19, penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza akui memberi kesan kepada paru-parunya.

Siti yang dijangkiti virus tersebut pada kira-kira tiga bulan lalu berkata, beliau mengalami nafas pendek ketika menyanyi.

“COVID-19 sangat memberi kesan. Baru saya tahu rasa sebenarnya kesannya. Ini kerana kita sebagai penyanyi sudah menggunakan paru-paru apabila menyanyi.

“Saya kalau sakit, batuk dan selsema adalah benda yang saya tak nak kena. Tetapi ini COVID-19 menyebabkan saya batuk yang berpanjangan dan masih merasai kesannya hari ini.

“Selepas kena COVID-19 dulu, apa yang patut saya juga adalah pemakanan. Kalau saya makan apa yang boleh menyebabkan saya batuk, malam-malam saya kena macam asma. Jadi betul-betul kena jaga.

“COVID-19 tempoh hari juga menyebabkan pernafasan saya pendek. Saya nak nyanyi, nak jerit pun susah sangat Tanyalah siapa-siapa yang pernah kena COVID-19 terutamanya penyanyi, kita punya aset adalah suara.

“Sekarang saya sedang berusaha untuk kembalikan balik range suara yang saya boleh capai tapi itu semua ambil masa.

“Jadi Siti memang berusaha untuk mengembalikan stamina, jadi saya buat banyak senaman antaranya Muay Thai untuk stamina dan pernafasan saya,” katanya kepada media selepas konsert hari pertama Music of The Soul: An Evening With Dato Sri Siti Nurhaliza pada Sabtu.

MUSIC of The Soul: An Evening With Dato Sri Siti Nurhaliza berlangsung pada 5 dan 6 November 2022 di Plenary Hall, KLCC.

Pada masa sama, Siti Nurhaliza yang popular dengan lagu 7 Nasihat itu memaklumkan bahawa beliau sangat terharu dengan sambutan yang diberikan oleh semua peminat yang hadir ke konsert.

“Saya sangat terharu dengan sambutan, sebab ini adalah persembahan eksklusif bagi mengutip dana buat Yayasan Nurjiwa, memang impian saya untuk meneruskan yayasan ini untuk sampai bila-bila.

“Daripada awal menggunakan duit sendiri, buat beberapa acara, bekerjasama juga dengan Kitafund.

“Konsert kali ini sangat istimewa kerana atas anjuran Yayasan Nurjiwa dan mendapat respon yang sangat bagus,” tambahnya.

Siti Nurhaliza menyampaikan 18 buah lagu sempena Music of The Soul antaranya Warna Dunia, Diari Hatimu, Anta Permana, Aku Bidadari Syurgamu, Melawan Kesepian, Seloka Budi, Senyum Minang Manis, Nian Di Hati, Segala Perasaan, Lebih Indah dan banyak lagi.

Lebih menarik apabila Siti turut berduet bersama Datuk Awie menerusi lagu Baldu Biru dan Pantun Budi. Siti turut mempersembahkan lagu Ratuku nyanyian asal Awie.

Music of The Soul diadakan diadakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selama dua hari iaitu pada 5 dan 6 November 2022.

Hasil daripada jualan tiket konsert berkenaan disalurkan kepada Yayasan Nurjiwa. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas