Biz

D’Menc alternatif penyegar fabrik masa kini

- Diterbit 6 Disember 2019 9:38 AM MYT

PRODUK review Wilayahku minggu ini mengetengahkan alternatif baharu penyegar fabrik yang semakin mendapat tempat di hati penggunanya.

D’Menc keluaran AFY Haniff merupakan semburan penyegar untuk fabrik di rumah, kereta dan pejabat anda.

Menggunakan teknologi pengawal nyahbau (Malodour Counteractant Technology), D’Menc mampu menghapuskan bau yang tidak menyenangkan.

D’Menc berkeupayaan meresap jauh ke dalam fabrik dan meninggalkan bauan wangi. Ia juga merupakan anti bakteria yang sesuai digunakan untuk seisi keluarga.

Bukan setakat bau peluh melekat di sofa anda atau tumpahan susu di kereta mahu pun bau hapak yang ditinggalkan, D’Menc berupaya menanggalkan bau harum di fabrik mengikut haruman pilihan anda.

Ini membuatkan persekitaran anda menjadi selesaserta harum. D’Menc penyegar fabrik dapat menghapuskan 99.9% bakteria penyebab bau busuk, tidak meninggalkan kesan setelah disembur di fabrik dan tidak perlu dibasuh. Lebih mudah dan menjimatkan masa anda.

Produk D’Menc dikeluarkan dengan 4 wangian yang berbeza, iaitu haruman Lavender, Vanilla, Lemon Tree dan Strawberry. Dikeluarkan dalam bentuk botol semburan berukuran 650ml.

Cara penggunaan

  • Semburan fabrik D’Menc
  • Putarkan trigger kepada
  • ‘ON’ Goncangkan dan sembur dengan jarak 20cm dari fabrik
  • Boleh disembur pada semua jenis fabrik seperti langsir, sofa, kasut, karpet, katil, cadar dan pakaian atau jaket.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas