Biz

BIMB Holdings catat untung bersih RM208.4 juta pada suku ketiga

||
- Diterbit 6 Disember 2019 9:40 AM MYT

KUALA LUMPUR – BIMB Holdings Bhd. (BHB) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM208.4 juta pada suku ketiga yang berakhir 30 September lalu berbanding RM198.6 juta pada tahun sebelumnya.

Perolehan pula meningkat kepada RM1.19 bilion daripada RM1.09 bilion sebelum ini, menurut kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia baru-baru ini.

Pada suku tersebut, keuntungan sebelum zakat dan cukai (PBZT) Bank Islam Malaysia Bhd. menyusut kepada RM208.8 juta daripada RM225 juta pada suku sama 2018 berikutan kos pembiayaan yang lebih tinggi dan elaun bersih susut nilai bagi pembiayaan dan pendahuluan pemerolehan bersih masing-masing sebanyak RM8.5 juta dan RM8 juta.

Bagi tempoh sembilan bulan pertama 2019, keuntungan bersih BIMB Holdings naik kepada RM606.1 juta daripada RM520.7 juta tahun lepas, manakala perolehan adalah lebih tinggi kepada RM3.53 bilion berbanding RM3.08 bilion sebelum ini.

PBZT Bank Islam bagi sembilan bulan pertama 2019 naik 3.3 peratus kepada RM646.2 juta berban ding tempoh yang sama pada 2018 berikutan jumlah pendapatan yang lebih tinggi susulan peningkatan pembiayaan bersih sebanyak RM4 bilion atau 8.9 peratus tahun ke tahun dan peningkatan pelaburan bagi instrumen kewangan sebanyak RM1.6 bilion tahun ke tahun.

Sementara itu, anak syarikatnya, Takaful Malaysia mencatatkan peningkatan perolehan sebanyak 21 peratus kepada RM2.34 bilion daripada RM1.93 bilion yang direkodkan pada tempoh yang sama tahun lalu, ia disebabkan oleh peningkatan jualan daripada perniagaan takaful keluarga.

“Walaupun sentimen perniagaan kekal berhati-hati bagi 2019, industri takaful dijangka mengatasi penanggung insurans konvensional berikutan permintaan kukuh bagi produk takaful. “Takaful Malaysia bersedia memperluaskan bahagian pasaran nya pada 2019,” kata BIMB Holdings.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas