Berita

Deretan gerai di Pasar Dato Keramat musnah terbakar

- Diterbit 17 Mac 2021 12:25 PM MYT

STRUKTUR gerai yang berada dalam keadaan rapat antara satu sama lain menyebabkan deretan kedai di Pasar Dato Keramat, Jalan Keramat Dalam Kuala Lumpur musnah terbakar.

Difahamkan, gerai yang dianggarkan berkeluasan 10 X 15 kaki persegi tidak mempunyai dinding pemisah api sehingga mengakibatkan kebakaran merebak dengan pantas pada gerai bersebelahan.

Menurut Komander Operasi Kanan, Mohd Fahmi Abd Rahim kebakaran berjaya dikawal pada pukul 6.25 petang.

Tambahnya, kejadian tidak melibatkan mangsa dan punca masih dalam siasatan. – NAZWIN – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas