Berita

Aishah mengaku tidak sengaja ‘blocked’ akaun instagram Siti Nurhaliza

|ANTARA bualan netizen di Twitter |
- Diterbit 17 Mac 2021 12:11 PM MYT

BARU-baru ini kecoh dalam media sosial tentang dakwaan mengatakan kononnya penyanyi Aishah menyekat akaun instagram bintang nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menurut Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, dia tidak sengaja menyekat akaun instagram Siti kerana keliru dengan akaun-akaun palsu yang menggunakan nama Siti Nurhaliza.

Hal ini berlaku setelah Aishah dikecam bertubi-tubi oleh netizen yang tidak berpuas hati dirinya membuat persembahan menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu nyanyian asal pada separuh akhir muzik-muzik ke 35 akhir tahun lalu.

Mengaku block instagram Siti Nurhaliza, ini penjelasan Aishah.

“Bermulanya masa separuh akhir tempoh hari. Saya ada terbaca dalam ruangan Instagram Siti orang kutuk saya berbakul-bakul. Jadi, saya block sahaja.

“Senang cerita, nak buat apa pening kepala abila dalam Instagram itu ramai yang hentam kita,” katanya sebentar tadi melalui pesanan di WhatsApp.

ANTARA bualan netizen di Twitter

Kata penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu, ketika AJL35 makin dekat, baru dia perasan akaun Siti disekat secara tidak sengaja.

“Dah dekat nak AJL baru saya perasan ada netizen Direct Messege (DM) kata, ‘janganlah block Siti’ macam itu. Saya periksa betul-betul baru memang ter-block akaun Instagram Siti.

“Tapi saya tahu berpuncanya dari netizen ‘tag’ nama saya dan apabila saya baca masa itu, orang terus hentam saya dengan kritikan mereka, saya pun block akaun tersebut. Saya pun keliru sebab banyak sangat Instagram nama beliau (Siti),” jelasnya.

Bagaimanapun, Aishah mendedahkan dia sudah tidak lagi menyekat akaun Siti selepas mendapati secara tidak sengaja berbuat demikian.

Terdahulu, Aishah berdepan kecaman ramai apabila menggantikan Siti pada Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) mendendangkan lagu Aku Bidadari Syurgamu yang dikatakan tidak mencapai piawaian persembahan oleh kebanyakan netizen.

Semoga penjelasan Aishah ini dapat meleraikan segala spekulasi yang bertebaran dalam media sosial. Gunakanlah media sosial untuk kebaikan dan merapatkan silaturrahim sesama kita. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas