Berita

DBKL akan bina ruang khas untuk merokok

KHALID - 2020
KHALID bersama Ahli Parlimen Batu, P.Prabakaran (kanan) menunjukkan isyarat bagus dalam Majlis Sambutan Tahun Baru 2020 dan Penghargaan Badan Bertindak Pasar Borong Kuala Lumpur di sini hari ini. KHALID bersama Ahli Parlimen Batu, P.Prabakaran (kanan) menunjukkan isyarat bagus dalam Majlis Sambutan Tahun Baru 2020 dan Penghargaan Badan Bertindak Pasar Borong Kuala Lumpur di sini hari ini.
- Diterbit 11 Januari 2020 7:10 AM MYT

MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI
[email protected]

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menyediakan ruang khas untuk merokok atas dasar hak kesemarataan antara golongan perokok dan bukan perokok.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad berkata, sehubungan itu, pihak DBKL akan memberi kerjasama bagi menyediakan ruang tersebut sebagaimana yang dicadangkan pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Tahun ini saya beritahu Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan untuk berbelanja secara berhemah dan memberi impak.

“Walaupun perbuatan (merokok) merosakkan kesihatan, kita tetap jaga hak mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sambutan Tahun Baru 2020 dan Penghargaan Badan Bertindak Pasar Borong Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sebelum ini laporan menyebut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin membenarkan pemilik restoran atau kedai makan sama ada milik persendirian atau pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan kawasan khas merokok di luar premis pada jarak sekurang-kurangnya tiga meter dari meja makan terdekat.

Bagaimanapun, kawasan khas merokok yang disediakan tempat membuang puntung rokok itu tidak boleh dijadikan ruang makan dan minum oleh golongan terlibat. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas