Selebriti

“Boleh saja ziarah kubur bukan Islam…” Baby Shima sudah rujuk ustaz

ada Islam
- Diterbit 3 Mei 2022 12:46 PM MYT

PENYANYI popular Baby Shima akui ‘penat’ apabila ada sahaja netizen yang suka menghukumnya tanpa ilmu.

Terbaharu, Perkongsian Baby Shima menerusi instagramnya mencetuskan perdebatan netizen selepas dia berkongsi video melawat kubur Kristian.

Dalam video berkenaan, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 27, yang memakai baju kurung hitam sambil memegang payung menziarahi sebuah kubur Kristian dipercayai mendiang datuknya.

“Setelah dua tahun baru dapat pulang melawat atuk,” tulisnya sayu.

“SAYA ada ramai saudara-mara Kristian. Atuk dan nenek, ada Islam, ada Kristian. Jadi tolong hormat.” – Baby Shima

Bagaimanapun, ada netizen yang terkejut dengan perkongsian pelantun lagu Lalai itu sekali gus mempersoalkan agama sebenarnya.

Untuk itu, Shima menerusi hantaran dalam InstaStory memaklumkan bahawa dia mempunyai ramai saudara-mara beragama Kristian termasuk datuk dan neneknya.

Malah dia juga sudah merujuk kepada ustaz berkenaan aktiviti menziarahi kubur berlainan agama.

“Saya ada ramai saudara-mara Kristian. Atuk dan nenek, ada Islam, ada Kristian. Jadi tolong hormat.

“Boleh saja ziarah kubur bukan Islam. Saya dah tanya pada ustaz. Tapi ramainya yang acah-acah ustaz menjatuhkan hukum.

“Payah bila rasa ilmu tinggi sangat. Semua tak kena! Bila kesalahan sendiri buat-buat tak nampak,” katanya yang sedang popular dengan lagu Pulang. – WILAYAHKU

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas