Fokus

Bingkisan syahdu dari penjara

- Diterbit 8 April 2024 4:01 PM MYT

Oleh DIANA AMIR & HAZIRAH HALIM

Foto: SYUQQREE DAIN, Video: HASIF HALIMI

 

DI sebalik tembok batu Penjara Wanita Kajang, seramai 717 orang banduan memendam kerinduan yang tidak bertepi untuk meraikan lebaran bersama insan tersayang. Namun itu semua sekadar impian, yang pasti hanya kenangan lalu menjadi pengubat hati di kala rasa itu datang menerpa.

Menjalani hukuman atas kesilapan yang pernah dilakukan menjadi penghalang menikmati indahnya berpuasa dan merayakan Aidilfitri seperti insan lain, namun mereka di sini sedar itulah harga yang perlu dibayar atas kekhilafan diri.

Sempena bulan yang mulia ini, Wilayahku berpeluang menyelami perasaan mereka yang akan menyambut Aidilfitri dalam tirai besi. Pelbagai cerita suka duka dikongsi yang pastinya mampu mengalirkan air mata.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas